RSS

Sunday, September 5, 2010

Raya, angpau, dan senyuman si dia

Huh penat betul mengemas hari ni..
Bukan kemas umah sebab nak raya..
Umah aku xkisah sangat~bukan ade org nk datang pun..haha

Lame dah xbuat entry baru...bz sikit buat keje..
Aku bukanla EO yang rajin sangat tapi tanggungjawab terhadap tugas tu perlu ada
Nanti gaji xberkat pulak kan~
Hmm sekejap je puasa kan?
Walaupun aku ni spesies yang liat sungguh nak puasa,
Tapi kalau dh jatuh hukum wajib tu mmg aku buat la..
Iman tu mengatasi segalanya..Takutkan Allah

Sepanjang puasa lansung xpegi tarawih pun..
Sebab perut dh makin membesar n mengah selalu
Sampai baca Quran pun bunyi mcm orang xckup nafas je..
Kalau suami balik tu gumbira la sikti masak macam2
Tapi kalau suami xde tu..ehem2~
Tong sampah dapur akan penuh dgn polistrin makanan
Faham2 aje la ye..

Sebut pasal raya pulak~
Perbelanjaan raya ni agak mewah jugak la tahun ni
Sampai xcukup pun sebenarnye..haha
Aku spent duit raya hanya RM100 je..
Sebab kakitangan kerajaan je yang dapat Rm500 bonus tu
Aku?hanya berstatus tetap bermula September 2010
Ala tahun depan kan ade..

Trademark angpau tahun ni,,angpau berbentuk duit Rm10..
RM5 pun ade tapi aku ambik RM10 la nmpak banyak sket..hehe
Utk VIP terpakse cut bajet~sebab nk support pulut susu untuk buat lomang
Hmm..Mengimbau kenangan dulu..
dlu kecik2 kite tadah mintak kat orang
Dah besau nih kite pulak yang bagi kat budak2~
Such a sweet memories..

Thursday, May 27, 2010

Cerita seram: mayat berbisik di kala malam

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt. "

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt" . Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....


***PERHATIAN! !!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.



Lalu aku tertawa sendiri...
"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr


Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru Cu dan Opah

Mesti semua heran (korang heran ke??haha) kenapa aku tujukan ucapan SELAMAT HARI GURU kepada cu aku (pak sdare yg bongsu) padahal cu aku Pembantu Am  Pejabat a.k.a tukang kebun je.Opah aku lak surirumah tangga sejak azali lagi.. Hmm sejarahnyeee..

Ayah aku meninggal sejak aku berumur 30 hari kerana kemalangan jalanraya di Skinchan pada tahun 1985. So aku dijaga oleh opah aku belah ayah (sebab belah mak dh lama xda) di satu kampung yang indah permai di Perak Tengah, Kg Teluk Bedayung, Lambor Kanan. Di sanalah aku mendapat pendidikan awal.. tadika dan sekolah rendah. Masa tu cu aku pun baru abes skolah menengah. So cu n opah yang banyak jaga aku dan melihat aku membesar. Ibu pulak tinggal di KL setelah kawen dengan Paitam a.k.a pak sdare aku gak.
Tu muqaddimah tu...

Then nk dijadikan story nyer, xla box office pun.. mase aku belum skolah lagi cu telah mendidik aku pakai tudung kalau nk g kedai.xda tudung xleh g kedai.hehe.. aku pun suke la sebab g kedai mesti dapat gula2 ke kopok ke..Paling aku suke kopok Super Ring..Cu belikan buku tulis manyak2 suruh aku belatih tulis ABC, 123,alif ba ta.. kalau aku tengok balik buku tu mesti aku nk tegelak.Mane tak nye.. ade huruf yang tebalik la, tunggang langang pun ade..huh2 tu la zaman kanak2 aku..

Opah pulak hantar aku ke tadika dengan opah Udin,kawan baik aku mase aku tadika smpai skolah rendah. Kami bdua naik beskal roda 3 yang kaler merah smua tu.Opah aku sembang2 dengan opah udin..kami racing bedua.. Sampai skolah rendah,setiap kali exam aku mesti mintak cu bawak aku p supermarker FAJAR kat sitiawan untuk beli alat tulis baru.Nasib la exam 2 kali je setahun..huhu bankrap cu aku...Tapi cu aku xkisah pun.. Alhamdulillah ranking aku masa tu top 5 gak la..xmengecewakan..

Kasih sayang 2 insan terpenting dalam hidup aku nih berterusan xkering2 sehingga lah aku masuk U.. Alhamdulillah aku dah selamat terima Ijazah.. Opah cakap opah bangga dengan aku. Cu cakap walaupun cu despatch je tapi cu bangga dengan aku n nk aku sambung blajar tinggi lagi.. 

INsyaAllah.. ada rezki aku akan laksanakan.. pape pun dalam banyak2 guru yang mengajar aku.. mereka berdua inilah yang paling berharga..Mereka mengajar aku erti hidup, tabah dan jangan mudah mengalah! 

Monday, April 19, 2010

Achik Spin dan Din Beramboi



Terpanggil untuk tulis entry pasal ni~ entahla..ape yang boleh dikata, sedekahkan AlFatihah buat mereka berdua.. Kita tak tahu bila giliran kita.. So dari sekarang jagalah kesihatan, banyakkan ibadat, taubat atas doasa lalu, jaga hubungan dengan manusia dan Pencipta..Selamat mencuba~

Thursday, April 1, 2010

Sejarah April Fool

 
Setiap kali menjelang 1hb April, gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.... See More
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan Kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun Pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Tuesday, March 23, 2010

Cinta Tulus Zizan buat sang isteri~

SELEPAS diijabkabul dan meluah ikrar setia dengan pasangannya, Fazilah Hani Datuk Harun, 30, kehidupan pelakon tampan, Zizan Nin, 36, kini hampir mencapai kesempurnaan. Namun realiti, dia bukan lagi lelaki solo seperti peminat mengenalinya di pentas lakonan sebelum ini.
Menjadikan Masjid Negara, Kuala Lumpur sebagai saksi penyatuan dua hati pada malam Jumaat lalu, Zizan sah menjadi suami kepada wartawan penyiaran dan penyampai berita bahasa Malaysia Edisi 7 di saluran ntv7 itu dengan sekali nafas.
Ketika ditemui usai majlis bersejarah mereka, Zizan yang lengkap berbaju Melayu rona putih itu kelihatan tenang sambil duduk bersila di sebelah Hani. Ada riak keterujaan pada wajah masing-masing setelah hubungan dibina sejak dua tahun lalu itu menemui penamat di jenjang pelamin.
“Saya macam tidak percaya sudah bergelar suami,” spontan bicara Zizan sambil tertawa kecil tatkala diminta pihak media meluah rasa selepas selamat bergelar sang suami dan ketua keluarga.

Sumber : Kosmo Online

Tuesday, March 9, 2010

Gambar kemalangan ngeri~


Sian mangsa sampai pecah otak kan?
Ish nauzubillah la~
pada driver2 di luar sana, bila memandu tu ingat2 la orang tersayang.. 
Jangan nk rempit ikut sedap badan je~

Sumber : http://lamanlelakiku.blogspot.com